Wednesday, April 22, 2015

lelaki satu


harapan aku
satu hari nanti
bila kau datang
biarlah aku bersedia
dan kamu juga

jadi la seperti apa yang aku mahu
tidak banyak
hanya bimbing aku
bahagiakan aku
sayangngi aku
cintakan aku

datang lah jumpa orang tua aku
katakan mahu mengambil aku
untuk menghalalkan aku

ajari aku cinta setelah itu
agar aku dapat menyelami
adakah cinta itu
seindah rasa yang perlu hadir dalam diri aku

cinta


aku menghadap awan
meminta penjalasan
cinta itu seperti apa

adakah kertas kosong yang ingin dicoreti
lalu tercipta cerita yang perbagai rasa
mempunyai titik noktah yang tiada penghujung

cinta itu apa ?
aku tidak pernah merasainya
kerana yang sedia ada
aku selalu ucap cinta
sedang aku tidak merasa apa apa
aku selalu bilang rindu
sedang aku tidak pasti itu

sudahnya aku pilih
untuk patahkan hati kau

sedang aku mencari
definisi cinta

cinta itu apa ?

darah


untuk hati kau
yang pernah aku lukai

salah aku yang berjanji
hati aku sendiri
aku tak dapat nak faham
ini lagi kau yang cuba untuk memahami

aku tak tau mana salahnya
datangnya dari kau
yang cuba untuk menjaga aku
atau salah aku
yang tak cuba untuk menerima

sepastinya aku mau yang terbaik untuk kau
untuk aku biar aku yang hadapi

sekali lagi maaf
untuk hati kau yang aku darah kan

Monday, April 20, 2015

perempuan simpanan


ada satu masa
bila kau datang pada aku
aku rasa mahu lari
walaupun aku dah setuju
nak jadik perempuan simpanan kau

aku ini perempuan
bukan ada dua jantina
yang bole tahan ego lelama

aku ini perempuan
bukan ada dua hati
yang boleh kau sepak terajang sesuka hati

aku ni perempuan
bila masa aku rasa aku kuat
ada masa aku bangkit
yang kena sepak lagi aku
tersungkur sekali lagi

aku perempuan punya hati
yang ingin kau jauh buat sementara waktu


Tuesday, April 14, 2015

teman lelaki upahan #2


faz, cantik tak aku hari ni ?
urmm. bese je
okey, kita nak makan apa hari ni ?
mana mana , asalkan boleh kenyang
okey , my suggestion is laksa .
sure .
faz, kalau kau korek hidung, selalu belah mana dulu ?
*pandang
kalau aku, tekan hidung aku dulu, mana yang keras itu la aku korek dulu
*gelak terbahak bahak
faz, ade dua bende aku akan makan kalau kat tempat baru
apa dia ?
laksa dengan tom yam
ouh . kenapa ?
dua bende tu je aku tak jumpa kat rumah
i see .
thanx faz for today
no worries
bye faz
*bla macam kene kejar anjing

anak dara tua


aku muak
aku benci
sudah nya aku pilih untuk sendiri

aku bahagia
aku berbunga
bila aku jadi sang penonton cerita bahagia

dijadikan cerita
aku pilih untuk jadi anak dara tua

hati aku ini tidak mampu
untuk menjalani liku liku
untuk memilih
untuk ujian
untuk semua yang aku tak mampu

jadinya jika ada bujang terlajak
jom !


dugaan


hari bahagia lagi seminggu
aku akan disarungkan cincin
hati yang tak pasti
mulut terkunci
hubungan yang dijahit terlalu lama
aku terima tapi aku tak terima
sudahnya aku tak pasti

tapi yang pasti
sekarang didepan aku
lelaki yang memahami aku tentang segalanya
lelaki yang aku idamkan
lelaki yang perfect dimata aku
aku perlu lupa
aku perlu kembali
kepada dia yang bakal menjadi suami

sekarang aku serah segala galanya
apa yang ditulis itu yang aku ikut
apa yang disuruh itu yang aku buat
macam air yang mengalir
akur dengan aliran

ini dugaan aku
semoga yang aku pilih
aku kuat untuk terus hidup
semoga yang aku tak pilih
meski perfect dari segala macam
aku anggap ini dugaan
semoga kita jumpa disana

terima kasih hadir
meski sekejap
meski cerita kita belum lengkap
selamat tinggal dia !

Monday, April 13, 2015

untuk cinta


hari ini aku berbunga
harap esok bukan berduri
aku tersentak kalau aku suka
tapi aku berpijak diatas tanah
jadinya aku berpaling
agar aku tak terluka
terima kasih
buat hari hari bibirku terukir senyuman
yang dah lama terpadam

untuk bunga yang ada dihati ini
tolong biarkan ianya
agar hati aku terus merasa bahagia ini
meski bukan bersama dengan kamu

aku akan ingat kau sentiasa
biar pun tangan yang dipimpin
bukan aku

selamat tinggal
biar bunga ini untuk aku
demi cinta aku untuk kau

kekasih bayang bayang

like a princess

let me be yours
i will treat you like a prince
i will give you all my heart
and please treat me like a princess
im too tired
a long my journey
i give my heart to him
but he return to me
pieces of mine

teman lelaki upahan seminggu


faz, jadi teman lelaki upahan untuk seminggu
aku okey je , ape aku dapat ?
lunch selama seminggu aku bayar
bole aku tau kenapa ?
sebab aku suka kau, tapi kalau kau reflect aku lari
ouh . dont worry , kau tak de ciri tu pon
okey , but aku cuti sem seminggu je. so since today is monday .
its okey . tomoro aku pick up kau kite on date
tenkiu faz