Monday, September 24, 2012
teddy bear maaf
Ingin diluahkan kepada ibu
Ingin ditangisi kepada mama
Ingin bercerite kepada emak
tapi sampai bile ?
hal hal demikianlah mengajar kematangan
jangan kan lembu disembelih
realiti pun tak sanggup melihat setitik air mate lembu jatuh
menunggu saat kematian
realitinya lembu yang diimport itu
masih mempunyai ibu bapa
dunia ini memang tempat manusia
dan mungkin lembu itu tidak patut wujud
amarahmu kami terime
bencimu kami fahami
sakitmu buat kami terseksa
kami terime kami faham kami ingin mengalah dengan berundur
mungkin ade halus halus yang membisikkan
dan kamu turuti
kerana merekalah pendamping dan penguat semangat
sekali lagi kami faham
bukan dahi licin yang diharapkan
bukan teman yang ramai dikehendaki
bukan sayang yang ikhlas diinginkan
cukuplah jika kemaafan pertama dapat disambut
biarlah luka lama dirawat dengan kemaafan kali kedua
luka memang hilang tapi parut tak kan pernah hilang
biarlah kita sama sama carik penawar bagi ia jadi kembali seperti kulit yang asal
tiada luka tiada parut tiada kesan
andai salam kemaafan sudah dihulur
kami sambut dengan kegembiraan
dan izinkan kami menghulurkan tangan kiri
kerana ada juga silapnye
dan penuh dengan pengharapan
agar tangan kiri juga disambut .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment