Sunday, June 23, 2013

hanya aku yang gila


andai saja aku boleh guna
kosa kata lain untuk memberitahu
tentang hati dan perasaan yang aku rasa

diberitahu tiada yang faham
dicakapkan tiada yang setuju
bibir membebel malah ada yang protes

andai saja aku boleh jalani satu orang
tiada orang lain mahupun kamu
hanya aku , aku sahaja sudah cukup

kewujudan hanya memusingkan
berdepan rasanya kekok
berpaling dikata kejam
sendirian malah sunyi nanti

langkah terbaik aku lari
bukan aku sahaja
tapi aku ingin menjadi pelarian
aku bawak hati kamu bersama

jangan dicarik, nanti pasti dipulangkan lagi
tapi itu terjadi bila tiada yang mengejar
hanya aku, yang gila





No comments: