Thursday, October 30, 2014
hati sudah mati
mulut rasa masin
hati rasa sudah hilang
aku panjatkan doa
tadah tangan
cukup semua
sampai rasa sudah hilang
apa yang aku perlu
apa yang aku mahu
aku tidak mahu ucap
biar simpan dalam hati
aku sudah minta terlalu banyak
semua sudah tertunai
banyak rasa malu terbit dari hati
kalau dah diberi yang ini
aku redha , aku terima
dulu aku bahagia , aku buang
kerana kebodohan sendiri
biar kali ini , tiap seksa aku
terbalas dengan kebahagiaan
percayalah , aku sudah melampau
aku bersyukur dengan semua
tapi aku mahu lagi bukan kerana aku tamak
sebab hati aku sudah mati
aku tidak mahu meminta
aku tunggu biar datang sendiri
kan mahu jadi penyabar
mungkin itu adalah ujian
biarlah diakhirnya aku peroleh yang manis
Allah Maha Pemberi , Mengasihani
Segala terbuku dalam hati
Dia sudah tahu
bukan aku tak mahu meminta
tapi aku malu pada diri sendiri
biarlah aku pejam mata
terima semua yang ada
dengan hati yang ikhlas dan terbuka
Ya Rabb, hidupkan hati aku kembali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment