aku menghadap awan
meminta penjalasan
cinta itu seperti apa
adakah kertas kosong yang ingin dicoreti
lalu tercipta cerita yang perbagai rasa
mempunyai titik noktah yang tiada penghujung
cinta itu apa ?
aku tidak pernah merasainya
kerana yang sedia ada
aku selalu ucap cinta
sedang aku tidak merasa apa apa
aku selalu bilang rindu
sedang aku tidak pasti itu
sudahnya aku pilih
untuk patahkan hati kau
sedang aku mencari
definisi cinta
cinta itu apa ?
No comments:
Post a Comment